Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Oktober 13, 2011

Kerangka Karangan - Disiplin Asas Kejayaan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Anda ingin menulis sebuah rencana yang akan dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tajuk rencana itu 'Disiplin Asas Kejayaan Pelajar'. Tulis rencana itu.


Pengenalan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar - tulang belakang untuk mencapai kejayaan - disiplin dalam diri perlu dipraktikkan sepanjang masa.

Isi-isi:
  • Mengikut segala peraturan sekolah – menjadi pelajar baik/contoh - melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran, tidak terlibat dengan sebarang salah laku – melatih diri supaya menggunakan masa yang terluang di sekolah dengan baik – contoh: ulangkaji, pergi ke perpustakaan.
  • Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas - mengikut segala pengajaran guru dengan penuh tumpuan dan penelitian – fokus di dalam kelas – bertanya sekiranya tidak faham
  • Mendisiplinkan diri ketika di rumah - menyediakan jadual  belajar yang munasabah dan mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih - menyiapkan segala tugasan  yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang diberi - menyediakan nota dan mengulang kaji – tidak mengamalkan sikap membuat kerja di saat – saat akhir – elakkan menangguh sesuatu tugas
  • Mendisiplinkan diri ketika bersama rakan - rakan - menjaga pergaulan - membataskan diri agar tidak terlibat dengan gejala negatif/tidak sihat seperti merokok, lepak, ponteng sekolah dan dadah/pil khayal - bijak menggunakan akal fikiran - jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh buruk
  • Mengawal diri dan tingkah laku secara keseluruhan - mengikut segala ajaran agama, patuh dan taat pada nasihat ibu bapa & guru, belajar menghargai diri sendiri
Penutup:
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan yang sempurna - pilihan terletak dalam tangan sendiri - sudah terbukti - hanya dengan disiplin yang tinggi sesebuah kejayaan akan dapat dicapai.

*Jangan lupa gunakan peribahasa yang sesuai ketika mengolah isi-isi karangan.



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.