Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Selasa, Oktober 11, 2011

Kerangka Karangan - Langkah-langkah Menerapkan Amalan Menabung atau Budaya Menyimpan dalam Jiwa Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan
  • menabung - amalan menyimpan atau mengumpul wang - dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi - amalan ini perlu disemaikan dalam jiwa remaja - belajar menyimpan agar masa depan lebih terjamin - banyak langkah-langkah yang boleh diambil dalam memastikan amalan ini terus bercambah dalam diri anak muda

Isi – isi
  • peranan ibu - bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa anak-anak sejak kecil - jangan terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi mereka dengan kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk menyimpan wang jika ingin membeli sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-anak - didik dan lentur mereka agar tidak membelanjakan semua wang saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam bank pada setiap hujung bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan atau menabung
  • peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang - perlu belajar menyimpan dari sekarang supaya dapat menempah hidup yang lebih senang di masa akan datang - disiplinkan diri agar dapat menyimpan sejumlah wang (kendatipun sedikit) setiap hari/bulan - remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan tidak boros berbelanja
  • peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran menabung - laksanakan kempen dan aktiviti yang wajar diadakan demi menghidupkan budaya menyimpan dalam kalangan remaja - contohnya: membuat kerjasama dengan pihak bank - memanggil wakil dari pihak bank ke sekolah - membolehkan pelajar membuka akaun simpanan dengan jumlah minima/menambah wang simpanan
  • peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-pakej khusus untuk remaja dengan pelbagai faedah seperti hadiah lumayan dan perlindungan insurans -  lebih menarik minat remaja. Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN yang menggalakkan anak-anak & remaja menabung untuk pembiayaan pengajian tinggi mereka kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan
  • peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti bijak berbelanja, berbelanja secara berhemat dengan meluas - gunakan semua wadah media untuk sampaikan mesej pada remaja - wujudkan Hari Menabung - bertujuan untuk suntik kesedaran kepada remaja akan betapa pentingnya menabung

Penutup
  • sekiranya setiap pihak menggembleng tenaga memainkan peranan masing-masing - usaha untuk mendidik remaja tentang kepentingan menyimpan akan berjaya - kikis budaya boros berbelanja sebaliknya pupuk dalam diri agar berbelanja secara berhemat


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

6 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.