Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 25, 2012

Kerangka Karangan - Punca Keruntuhan atau Kemerosotan Akhlak Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja - membimbangkan - remaja merupakan aset negara pada masa akan datang

Isi-isi:
  • Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak - gagal mendisiplinkan anak-anak - 
  • Asas agama yang lemah - anak-anak sepatutnya diterapkan dengan ajaran Islam sejak kecil agar dapat membezakan mana yang baik dan buruk, mana dosa mana pahala
  • Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing - kebajikan anak-anak terabai - bebas melalukan apa sahaja sesuka hati tanpa dipantau oleh ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya - bergaul dengan remaja liar - terikut-ikut - naluri ingin mencuba - menjebakkan remaja dengan gejala sosial
  • Kemasukan filem dan hiburan dari Barat - memaparkan budaya hidup negatif seperti unsur seks, dadah dan pergaulan bebas tanpa batasan - mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja
  • Pengaruh media sosial - remaja terdedah kepada media sosial saban hari (beri contoh), tanpa batasan/had

Penutup:
Masalah ini harus dibendung - remaja hari ini adalah tunggak negara - barisan pelapis yang perlu tahu jati diri - pengukuhan akhlak remaja perlu dimulakan dari akar umbi - bermula dengan institusi kekeluargaan itu sendiri



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

3 ulasan:

  1. isi-isinya gempak......boleh saya dapat karangan utk kesan-kesan kegiatan manusia terhaDap alam sekitar...

    BalasPadam
  2. boleh saya mendapat karangan format spm untuk kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar...terima kasIh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu akan cuba usahakan. Sementara itu, sekiranya mande odi shivendra ada akses pada buku Geografi Tingkatan 3, rujuk tajuk 'Kesan Kegiatan Ekonomi Pada Alam Sekitar'.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.