Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Kerangka Karangan - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Contoh Soalan:
Ada pendapat mengatakan bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah satu usaha yang patut digalakkan. Apa pendapat anda?

Pengenalan:
Negara kita banyak tempat yang bersejarah. Melalui peninggalan sejarah, kita dapat mengetahui keagungan dan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara. 

Isi-isi:
  • Mengekalkan nilai-nilai tradisi dan keagungan tamadun yang lampau - membolehkan generasi muda mengenal, melihat dan menghayati keagungan sesuatu tamadun yang lampau. (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi pelancongan - menjadi salah satu destinasi pelancongan. (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi pendidikan - memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah - menjadi salah satu tempat kajian tempatan sejarah (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi arkeologi dan seni bina - membolehkan ahli arkeologi mengkaji warisan seni bina sesuatu bangsa (Beri contoh yang sesuai)

Penutup:
Bangunan bersejarah patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja. Langkah-langkah yang wajar harus diambil - dapat diwariskan kepada generasi akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email