Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Kerangka Karangan - Cara-cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah dalam kalangan Pelajar



Pendahuluan:
  • Masalah ini bukan masalah baru - tabiat buruk ini mengundang banyak gejala negatif - tidak boleh dipandang enteng - perlu ambil inisiatif untuk mengatasinya

Isi-isi:
  • Sentiasa mengingatkan dan beri kesedaran kepada para pelajar agar tidak ponteng - sarankan setiap pelajar mainkan peranan yang baik sebagai pelajar - elak penggantungan sekolah 
  • Unit kaunseling di sekolah/ Pembimbing Rakan Sebaya - kumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng - beri motivasi atau kaunseling - ubah sikap
  • Tindakan disiplin atau hukuman yang keras (contoh: gantung sekolah, buang sekolah) - memberi pengajaran kepada pelajar yang ponteng - peringatan kepada pelajar lain
  • Minta kerjasama PIBG - ibu bapa dan guru sama-sama gembleng tenaga - ambil peranan mengawasi anak-anak
  • Minta pihak berkuasa tempatan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat melepak seperti pusat beli belah dan kafe siber - beri amaran/tangkap mereka

Penutuip:
  • Kerjasama semua pihak amat penting bagi menangani masalah ini - 'bagai aur dengan tebing' -  jangan bersikap tuding jari sebaliknya semua pihak harus berusaha membanteras masalah ini hingga ke akar umbi



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


6 ulasan:

  1. terbaik!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq!!! Kerangka ni bnyk membantu...

      Padam
  2. terbaik..!!terima kasih....tq..kerangka ni bnyk membantu...

    BalasPadam
  3. Thank you !this rangka very helpful......

    BalasPadam
  4. Ya ya ya , aku tau terbaik ...tak perlu jerit jerit

    BalasPadam
  5. nak jawapan untuk karangan ini. boleh ke.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email