Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Oktober 13, 2012

Kerangka Karangan - Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Negara


Kerangka karangan di bawah berkaitan punca-punca kemerosotan mutu sukan negara secara am. (Tidak mengkhusus kepada mana-mana sukan). Walau bagaimanapun, isi-isi di bawah boleh dirombak, ditukar atau diubah suai untuk menepati kehendak soalan tertentu contohnya, punca kemerosotan mutu sukan bola sepak atau punca kemerosotan prestasi atlet negara.


Pendahuluan:
Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban tahun atlet Malaysia menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf antarabangsa - tidak dapat dinafikan prestasi mutu sukan negara masih rendah/merosot meskipun banyak wang telah dibelanjakan

Isi-isi:
  • Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk menyerlahkan prestasi atlet - atlet gagal mengatur strategi yang baik/ gaya permainan mudah dibaca oleh pihak lawan. 
  • Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang  sesuatu perlawanan - tidak konsisten - kurang persefahaman atau keserasian (terutama bagi atlet berpasukan) - tidak dapat memberi persembahan yang terbaik
  • Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan mewakili negara hanya kerana telah dibayar gaji dan elaun - semangat untuk mengharumkan nama negara seolah-olah tiada - sikap sebegini harus dikikis
  • Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih besar -  sukan memerlukan disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan kurang semangat kesukanan - perlu motivasi yang tinggi [Beri contoh atlet negara yang berdisiplin tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei]
  • Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi lebih banyak pendedahan melalui latihan atau penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa untuk timba lebih banyak pengalaman
  • Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan berpuas hati berada di takuk yang sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet mahu terus berusaha untuk memberi yang terbaik.

Penutup:
Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal perlu diambil segera - atlet kita mampu memberi saingan hebat kepada atlet luar jika masalah-masalah di atas ditangani sebaiknya


Lihat juga: Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan di Malaysia


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.



12 ulasan:

  1. blog ini telah membantu saya banyak idea untuk membuat karangan..terima kasih banyak2..dengan adanya kerangka karangan ini saya akan cube dengan baik

    BalasPadam
  2. terima kasih atas sumbangan blog anda... ianya sangat membantu saya..

    BalasPadam
  3. terima kasih....blog ini sangat membantu saya membuat karangan.

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH KERANA BANYAK MEMBANTU

    BalasPadam
  5. memang membantu saya

    BalasPadam
  6. terbaik la.....saya suka

    BalasPadam
  7. memang membantu la kau ni memang bisoooo
    jadi idola aku la
    terbaikss

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.