Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Januari 06, 2014

Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan Pelajar Bekerja Secara Sambilan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh soalan:
Bincangkan kebaikan dan keburukan pelajar bekerja secara sambilan.

Pendahuluan
  • Semakin banyak pelajar yang cenderung untuk bekerja secara sambilan - selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu - berpunca daripada tekanan kewangan dan belanja hidup yang meningkat - banyak baik dan buruknya


Isi-isi
  • Kebaikan 1 - meringankan beban ibu bapa - punya duit belanja sendiri - jika mahu membeli sesuatu, boleh gunakan wang gaji
  • Kebaikan 2 - pelajar akan terdedah kepada dunia bekerjaya lebih awal - membentuk nilai tanggungjawab dalam diri
  • Kebaikan 3 - pelajar akan dapat menimba pengalaman - merasakan sendiri bagaimana sukarnya ibu bapa mencari wang untuk keluarga
  • Keburukan 1 - tumpuan terhadap pelajaran akan terjejas - pelajar yang tubuhnya tidak tahan akan kepenatan - hilang fokus
  • Keburukan 2 - sudah terbiasa memegang wang sendiri membuatkan pelajar akan lebih minat untuk bekerja daripada belajar - mula mengabaikan pelajaran kerana bertanggapan tanpa kelulusan pun boleh mendapat pekerjaan dan wang
  • Keburukan 3 - ada segelintir majikan yang mengambil kesempatan untuk menindas atau mengeksploitasikan pelajar - bayar gaji atau upah murah - pelajar hanya akur - tidak tahu hak sebenar mereka


Penutup
  • Pelajar seharusnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran - ibu bapa perlu lebih gigih mencari sumber pendapatan - usah galakkan anak bekerja sebelum tiba masanya


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

3 ulasan:

  1. Terima kasib isi sngt padat .

    BalasPadam
  2. tq admin.
    suggest: boleh letak banyak lagi kebaikan dan keburukan tak?

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.