Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Januari 06, 2014

Kerangka Karangan - Kebaikan Menyertai Sukan Lasak

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Contoh Soalan:
Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak rakyat Malaysia yang suka menyertai aktiviti sukan lasak. Bincangkan kebaikan menyertai sukan ini.


Pendahuluan
  • Sukan lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia - semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart, terjun bungee dan 'paintball' - aktiviti sukan seperti ini banyak manfaatnya

Isi-isi
  • meningkatkan ketahanan dalam diri - tidak semua orang berani mencuba sukan lasak - perlu kekuatan dari dalam diri
  • melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran - tidak membataskan diri apabila berdepan dengan masalah
  • menguatkan aspek fizikal dan mental - badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif
  • terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara berpasukan - memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih teknik komunikasi sesama ahli kumpulan
  • berpeluang mengharumkan nama negara jika mewakili negara menyertai pertandingan sukan lasak yang diadakan

Penutup
  • Sukan lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja - banyak manfaat - para pelajar harus digalakkkan untuk mencuba aktiviti sukan lasak


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


9 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.