Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 08, 2014

Kerangka Karangan - Punca Berlakunya Keracunan Makanan di Sekolah

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Soalan:
Belakangan ini, kerap berlaku kes pelajar sekolah yang mengalami keracunan makanan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan kejadian ini berlaku.


Pendahuluan
  • Isu keracunan makanan dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan - kerapkali berlaku di sekolah - mengakibatkan pelajar yang terlibat terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut - terdapat beberapa punca berlakunya gejala ini

Isi-isi
  • Bahan mentah yang digunakan telah tercemar - contoh ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk - masih dimasak dan dijadikan hidangan
  • Makanan mengandungi bahan kimia secara berlebihan - perut tidak tahan - menjejaskan kesihatan
  • Penyedia makanan di kantin atau dewan makan sekolah tidak mementingkan kebersihan diri semasa menyediakan makanan
  • Kantin atau dewan makan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan - makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat - boleh mengakibatkan keracunan

Penutup
  • Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil sebelum berlakunya kejadian yang meragut nyawa pelajar. Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh bekerjasama memantau perkara ini.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

8 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.