Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Januari 20, 2014

Kerangka Karangan - Punca-punca Berlakunya Gejala Lari dari Rumah di Negara Kita.


Contoh soalan:
Rakan anda dari luar negara menulis surat kepada anda kerana ingin tahu tentang punca-punca berlakunya gejala lari dari rumah di negara kita.
Balas surat rakan anda itu.

Pengenalan
Format surat kiriman tidak rasmi - alamat pengirim, kata-kata penghadapan, dan penjelasan awal tentang isu yang ditanyakan - gejala lari dari rumah.

Isi-isi
  • Ibu bapa yang sibuk bekerja tidak dapat mengawal aktiviti anak-anak - malah ada yang tidak tahu keberadaan anak - anak - rasa terpinggir dan diabaikan - memilih untuk cari kebahagiaan sendiri dengan lari dari rumah
  • Krisis dalam keluarga - konflik dan pergaduhan antara ibu bapa - anak tertekan - rasa tidak disayangi - benci untuk duduk di rumah
  • Kurangnya didikan agama dan moral - tidak dapat bezakan baik buruk
  • Pengaruh rakan sebaya atau teman lelaki - mahukan keseronokan - tidak mahu dikongkong - ingin hidup bebas
  • Pengaruh media massa -  memberi gambaran salah pada remaja yang lari dari rumah merupakan penyelesaian masalah terbaik - mendorong remaja untuk mencuba gaya hidup yang salah - terjebak dengan perkara-perkara negatif

Penutup
Semoga berpuas hati dengan penjelasan - harap dapat terus berutus surat - bertukar cerita - pengakuan pengirim, tandatangan

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email