Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Ahad, Januari 12, 2014

Kerangka Karangan - Kepentingan Pengangkutan Awam

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.

Kredit Imej

Pendahuluan:
Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam

Isi-isi:
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama sekali ketika waktu puncak dapat diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) - bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya akan berkurang
  • Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam - mudah untuk sampai ke destinasi yang dituju -  pengguna hanya perlu memilih satu atau beberapa jenis pengangkutan awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur Sentral - terdapat perkhidmatan bas, kereta api, teksi, komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) - memudahkan pengguna - dari satu destinasi ke satu destinasi dengan lebih lancar
  • Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak menggunakan jalan raya -  perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak dan kawasan tumpuan orang ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut tanpa menempuh dengan kesesakan lalu lintas - tidak membuang masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
  • Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran parkir dan bayaran tol - pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga tambang berpatutan - perbelanjaan harian berjaya dikurangkan
  • Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual perjalanan dan kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk merancang perjalanan
  • Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam - dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau.
  • Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang datang berkunjung - mudah bergerak dan melawat tempat-tempat menarik di negara kita
  • Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila berjaya menarik kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien, pendapatan negara akan meningkat

Penutup:
Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan negara. Penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara dan dijaga dengan rapi - memastikan kelangsungan penggunaannya dalam masyarakat.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

24 ulasan:

  1. Dengan kerangka ini saya dapat membuat karangan saya dengan baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruk sangat bagi saya
      langsung tidak membantu

      Padam
    2. Ini sangat membantu saya.. Sungguh hairan kenapa ia tidak membantu anda

      Padam
    3. jika mempunyai lebih daripada seribu bintang, saya berikan kamu lebih daripada sejuta matahari.^^

      Padam
  2. isi yang sangat membantu. terima kasih.

    BalasPadam
  3. bagus sangat membantu. tq

    BalasPadam
  4. uu sangat membantu...... kami dari hati awak sygkan bahasa melayu malaysia muahhhhhhh.. 1 malaysia satu bahteraa berganding bahu terus berjaya bertekad dengan sepenuh kemampuan gagah berani menghadapi cabaran mara ke hadapan penuh keyakinan walaupun apa jua halangannnn

    BalasPadam
  5. terima kasih sangat membantu...

    BalasPadam
  6. Ada x karangn faktor pemilihan pengankutan awam

    BalasPadam
  7. Ada x karangn faktor pemilihan pengankutan awam

    BalasPadam
  8. sangat membantu ....terima kasih

    BalasPadam
  9. Saya bakal menduduki spm dan saya menggunakan kerangka ini, Ia sangat bagus. kerangka ini mudah untuk dihafal Lots of love gadis spm 2018 . Pejah epot n mekna loading ❤

    BalasPadam
  10. MaLaH nOpt KatoE gaPoe. KErangKo diO baGus! muDoh Naa Nopt HafAl Utk Spm 2018 Ni. WIsh nA Luck

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.