Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 09, 2017

Kerangka Karangan - Punca-punca Kemerosotan Disiplin Pelajar

Contoh soalan:
Tahap disiplin pelajar kini semakin merosot dan membimbangkan banyak pihak. Bincangkan punca-punca kemerosotan tersebut.


Pengenalan

  • masalah disiplin pelajar ketika ini semakin menjadi-jadi - pelbagai pihak menzahirkan kebimbangan mereka dalam hal ini


Isi-isi penting

  • pelbagai punca berlakunya krisis disiplin di kalangan pelajar - punca utama bermula di rumah - sikap ibu bapa yang lepas tangan - tidak memberi perhatian kepada anak-anak - rasa terabai
  • pengaruh rakan sebaya - salah memilih kawan - terikut/terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal - terjebak sama melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin
  • tekanan dan masalah peribadi  yang dialami oleh pelajar itu sendiri - tidak pandai mengurus diri dan jadual harian, bebanan kerja di sekolah, tidak dapat menyesuaikan diri, keluarga kucar-kacir - membuat jiwa pelajar memberontak
  • pengaruh internet dan media sosial - pelajar bertindak kasar atau melanggar peraturan sekolah kerana terpengaruh dengan pelbagai budaya tidak sihat yang ditularkan


Penutup

  • semua pihak mesti berusaha menangani masalah disiplin pelajar yang kian meruncing - perlu dibendung segera - elak masalah kebejatan akhlak remaja


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email