Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan - Faedah Menguasai Teknologi Maklumat

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Rakyat Malaysia disarankan oleh kerajaan untuk menguasai Teknologi Maklumat (IT). Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh apabila rakyat menguasai IT.

Pendahuluan:
  • Pihak kerajaan berusaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mempelajari dan menguasai teknologi maklumat (IT) kerana pengetahuan masyarakat dalam IT penting bagi memajukan negara ini

Isi-isi penting:
  • Menguasai IT akan dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia - para usahawan dan para peniaga boleh meluaskan pasaran barangan mereka sehingga ke luar negara melalui internet - berniaga atas talian boleh mendatangkan keuntungan
  • Memudahkan urusan seharian rakyat - membeli-belah, urusan perbankan dan pembayaran bil boleh dibayar secara langsung melalui internet tanpa mengira masa - tidak perlu keluar rumah - tidak perlu beratur panjang
  • Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau universiti - melatih pelajar untuk belajar secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru - belajar mencari dan mengumpul maklumat
  • Menambah ilmu pengetahuan - rakyat boleh mendapatkan maklumat tentang pelbagai perkara - maklumat berada di hujung jari

Penutup:
Menguasai IT banyak faedah - memudahkan urusan harian - menjadikan kita masyarakat yang celik teknologi


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.