Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan - Sukan Mendatangkan Pelbagai Faedah | Faedah Bersukan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Contoh Soalan:
Bergiat aktif dalam sukan mendatangkan pelbagai faedah. Huraikan pernyataan tersebut.

Pendahuluan:
pelbagai jenis sukan terdapat di negara kita - gelanggang, bola, sukan air, sukan lasak
banyak faedah yang boleh diperoleh melalui aktiviti bersukan

Isi-isi penting:
  • sukan mempunyai pelbagai faedah - antara yang utama - seseorang itu boleh menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak
  • sukan juga boleh dijadikan sumber mata pencarian - seseorang yang berjaya dalm bidang ini mendapat pulangan yang lumayan menerusi hadiah dan juga ganjaran
  • aktif bersukan - seseorang itu berpeluang menambah kenalan - jumpa orang baru - di peringkat yang lebih besar - sukan dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara negara
  • sukan membentuk disiplin dalam diri dan menanam pelbagai nilai murni dalam diri seperti tabah, cekal, semangat bersaing secara sihat

Penutup:
bidang sukan banyak manfaatnya - aktiviti sukan di negara kita sangat berpotensi untuk dimajukan kerana membawa pelbagai kebaikan buat individu, masyarakat dan negara



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.