Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Memaparkan catatan dengan label KOMSAS PT3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMSAS PT3. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 17, 2020

KOMSAS Tingkatan 3 - Nota Gaya Bahasa

Nota Gaya Bahasa KOMSAS Tingkatan 3


Sebahagian daripada nota.


Dapatkan nota penuh dalam format pdf di sini.


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Kijang yang Lelah - Maksud Setiap Rangkap

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli


MAKSUD SETIAP RANGKAP


Rangkap 1
Kijang semakin lemah tidak berdaya. Suaranya tidak lagi kuat kedengaran malah pergerakan kian terbatas, tidak sekuat dan segagah dahulu.

Rangkap 2
Kijang berasa sedih dan resah memikirkan nasib diri. Kekuatan dalaman semakin hilang. Cuma tinggal sisa harapan. 

Rangkap 3
Kijang enggan berputus asa. Kijang cuba bangkit berbekalkan sisa kekuatan yang ada untuk meneruskan hidup walaupun berasa sedih dan tidak berdaya.

Rangkap 4
Kijang berhati-hati mengatur langkah di dalam hutan. Bimbang akan perangkap yang dipasang yang boleh menjeratnya. Kijang bertekad untuk tidak lagi resah atau sedih dan terus tabah menempuh kehidupan. 


Lihat juga:  Kupasan | Latihan 1 

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.


Soalan Latihan Kijang yang Lelah, Antologi Bintang Hati (Latihan 1)

Soalan Latihan Kijang yang Lelah, Antologi Bintang Hati 


Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap keempat, apakah yang dilakukan oleh kijang? [3 markah]

Bimbingan jawapan:

  • Kijang berhati-hati ketika melangkah dan meredah hutan, cuba untuk menghindar sebarang bahaya
  • Kijang juga memasang tekad untuk terus tabah meneruskan hidup di belantara.


2. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak "Kijang yang Lelah". [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Lihat kupasan sajak di sini.
Rujuk bahagian Persoalan. Pilih mana-mana dua persoalan dan karang jawapan menggunakan perkataan kamu sendiri.


3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi sikap mudah berputus asa dalam diri? [4 markah]

Bimbingan jawapan:
Cara mengatasi sikap mudah berputus asa:

  • Sentiasa berfikiran terbuka dan menerima sesuatu perkara dengan positif
  • Tingkatkan keyakinan diri dan sentiasa percaya pada kebolehan/kemampuan diri
  • Memilih suri teladan yang baik yang dapat dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi diri


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.



Kijang yang Lelah - Nota dan Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli

KUPASAN

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
  • Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
  • Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
  • Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
  • Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
  • Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
  • Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

Syair Burung Nuri - Nota dan Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Syair Burung Nuri - Kupasan
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.


TEMA
Luahan kekecewaan seseorang dalam hidup yang serba kepayahan, dirundung malang dan dibelenggu kemiskinan.

PERSOALAN
  • Kesabaran dan kekuatan menempuh ujian kehidupan.
  • Keberanian merantau mempertaruhkan nasib untuk cuba mengubah kehidupan.
  • Sikap merendah diri yang keterlaluan boleh melemahkan dan menghancurkan keyakinan diri.
  • Kekecewaan yang boleh merosakkan diri.
  • Belajar meluahkan rasa kecewa degan menggunakan saluran yang betul.
  • Rasional dalam berfikir sebelum membuat sebarang tindakan.
  • Kebijaksanaan mengawal diri ketika bercinta.

Soalan Latihan Santap Istiadat, Antologi Bintang Hati (Latihan 1)

Soalan Latihan Santap Istiadat, Antologi Bintang Hati 

Rujukan:  Maksud Setiap Rangkap | Kupasan 


Latihan 1


1. Berdasarkan rangkap kedua seloka "Santap Istiadat", apakah adab yang harus diikuti oleh seseorang ketika makan? [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Berdasarkan rangkap kedua, adab yang harus diikuti ketika makan ialah:
  • menyuap makanan ke mulut menggunakan tangan kanan
  • mengambil lauk dengan sopan
  • mengunyah makanan perlahan-lahan.


2. Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Rujuk kupasan seloka di sini.
Bahagian gaya bahasa - Asonansi dan Aliterasi


3. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan? [4 markah]

Bimbingan jawapan:
Cara ibu bapa memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan ialah:
  • mengajar anak-anak sejak kecil lagi tentang adab dan etika makan - tanamkan dalam diri mereka betapa pentingnya beradab ketika makan
  • memastikan anak-anak sentiasa mengamalkan tatatertib makan ketika menikmati hidangan bersama keluarga
  • ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik dengan menunjukkan adab-adab makan yang betul di hadapan anak-anak.

Cuba Latihan 2 di sini.


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.



Soalan Latihan Santap Istiadat, Antologi Bintang Hati (Latihan 2)

Soalan Latihan Santap Istiadat, Antologi Bintang Hati 

Rujukan:  Maksud Setiap Rangkap | Kupasan 


Latihan 2
Cuba latihan 1 di sini.


1. Berdasarkan rangkap ketiga seloka "Santap Istiadat", nyatakan adab menjamu selera yang harus diikuti oleh seseorang ketika makan? [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Adab menjamu selera berdasarkan rangkap ketiga:
  • basuh tangan sesudah makan
  • ambi juadah halwa
  • diikuti dengan buah-buahan sebagai pencuci mulut

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Lihat kupasan seloka di sini.
Rujuk bahagian Pengajaran. Pilih mana-mana dua pengajaran dan karang jawapan menggunakan perkataan kamu sendiri.


3. Sekiranya anda ialah pengusaha kantin sekolah, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan ketika membeli dan makan di kantin? [3 markah]

Bimbingan jawapan:

Cara-cara yang boleh anda lakukan:
  • mewujudkan satu sistem supaya murid-murid beratur dengan tertib untuk membeli makanan di kaunter
  • memastikan mereka makan dan minum dengan sopan di bangku dan meja yang disediakan
  • menampal carta dan poster yang menggalakkan murid-murid beradab dan menjaga etika semasa makan


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.


Santap Istiadat - Nota dan Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Santap Istiadat - Za'ba - Kupasan
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.


TEMA
Adab sopan, tatacara makan dan minum di dalam majlis perlu mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu.


PERSOALAN
  • Adap sopan dan etika ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis atau keraian.
  • Cara-cara menjamu selera dengan betul.
  • Kepatuhan terhadap sesuatu peraturan.
  • Masyarakat Melayu yang mengutamakan tatasusila dan nilai kesopanan ketika makan dan minum.
  • Khazanah masyarakat kita yang kaya dengan peraturan berharga. 
  • Kepentingan beradab sopan ketika menjamu selera dan rahsia yang tersembunyi di sebalik sesuatu peraturan.
  • Kehebatan masyarakat zaman dahulu yang sangat menjaga adab ketika makan.

Santap Istiadat - Maksud Setiap Rangkap

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati






Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.



Syair Burung Nuri - Maksud Setiap Rangkap

KOMSAS Tingkatan 3
Syair Burung Nuri, Antologi Bintang Hati




Maksud Setiap Rangkap


Rangkap 1 
Penyair meluahkan hasrat untuk menyampaikan sesuatu idea melalui syair kendatipun sedar karyanya mempunyai banyak kelemahan.

Rangkap 2
Penyair dengan rendah diri mengaku bahawa dia seorang yang serba kekurangan, tidak pandai malah miskin dan tidak berharta.

Rangkap 3
Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam karyanya.

Rangkap 4
Penyair menyatakan yang dia menggunakan syair sebagai wadah atau medium untuk menzahirkan apa-apa yang tersirat di hati.

Rangkap 5
Penyair berkongsi dengan pembaca tentang nasibnya yang acap kali ditimpa malang,

Rangkap 6
Penyair menceritakan pengalamannya pergi merantau ke seluruh pelosok negeri dalam keadaan lapar dan dahaga.

Rangkap 7
Penyair berasa sangat sedih mengenangkan keadaan hidupnya yang serba kekurangan.

Rangkap 8
Terbawa-bawa akan kesedihannya, penulis merasakan lebih baik dia mati daripada terus hidup.


Kosa kata

  • kendatipun - walaupun, biarpun, meskipun


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.



KOMSAS Tingkatan 3 - Antologi Bintang Hati

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati



Sajak
  • Kijang yang Lelah (Wan Marzuki Wan Ramli)Maksud Setiap Rangkap | Kupasan | Latihan 1 | Latihan 2
  • Pesan Ibu Beribu-ribu (Rahman Shaari) - Maksud Setiap Rangkap | Kupasan | Latihan 1 | Latihan 2
  • Senja di Palang Besi (Pena Alam) - Maksud Setiap Rangkap | Kupasan | Latihan 1 | Latihan 2
  • Bintang (Siti Zaleha M. Hashim) - Maksud Setiap Rangkap | Kupasan | Latihan 1 | Latihan 2


Prosa Tradisional
  • Bahagia Sesudah Derita Sinopsis | Kupasan | Latihan 1 | Latihan 2


Cerpen
  • Legasi Tapai Ubi (Ghazali Lateh)Kupasan 1 | Kupasan 2 | Latihan 2
  • Sekeping Tanah (A. Rahman C.M) Kupasan 1 | Kupasan 2 | Latihan 2
  • Bawod (Janathan Kandok) - Sinopsis | Kupasan 1 | Kupasan 2


Drama
  • Tenang-tenang Air di Tasik - Sinopsis | Kupasan 1 | Kupasan 2 | Latihan 1 | Latihan 2


Kandungan akan dimuat naik secara berperingkat. Harap bersabar.