Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Ogos 14, 2014

Kerangka Karangan - Cara-cara Menghargai Orang Tua

Cara-cara Menghargai Orang Tua

  • Amalan kunjung - mengunjung - ziarah mereka ketika musim perayaan, hari cuti - supaya mereka tidak kesunyian
  • Meluangkan masa bersama warga tua - agar mereka tidak rasa dipinggirkan
  • Mengambil berat akan kebajikan mereka - pastikan mereka hidup selesa, cukup makan pakai, ada tempat tinggal untuk berlindung
  • Menghargai pandangan/pendapat mereka - lebih berpengalaman - lebih dahulu makan garam
  • Menjaga mereka apabila mereka uzur/sakit
  • Mengiktiraf jasa mereka - kerajaan/badan bukan kerajaan boleh memberikan anugerah kepada orang tua yang banyak berjasa dan berkorban kepada negara - angkat mereka sebagai tokoh yang perlu disanjung.

Lihat juga:
  1.  Cara Mendidik Remaja Agar Menghormati Warga Tua
  2.  Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak Agar Menghormati Warga Tua

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email