Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan - Kepentingan Amalan Tolong-Menolong

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi. 

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Kepentingan Amalan Tolong-menolong

  • sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah - berganding bahu ibarat aur dengan tebing
  • menjimatkan masa dan tenaga - kerja yang dilakukan cepat siap
  • menjimatkan belanja - jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong (tolong-menolong), tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos penyediaan makanan, kos pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman dapat dijimatkan jika penduduk saling menolong membinanya.
  • memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan - belajar bekerjasama, bertoleransi dan bergaul mesra dengan anggota masyarakat
  • mengikis sifat mementingkan diri
  • mengeratkan silaturahim/hubungan sesama anggota masyarakat
  • mewujudkan perpaduan kaum - masyarakat hidup harmoni - saling membantu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama
  • meringankan beban orang lain - golongan yang senang akan membantu golongan yang susah - kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.

Lihat juga:  


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - Kompilasi Kerangka Karangan

2 ulasan:

  1. Terima kasih. Perkara ini dapat membantu saya dalam pt3 sejarah 2018.Doakan saya berjaya!

    BalasPadam
  2. Tq mmbantu sgt untuk sya buat ltihn lisan bm pt3 akn dtg

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.