Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan Peribahasa - Carik-carik Bulu Ayam, Akhirnya Bercantum Juga

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Tulis karangan peribahasa yang bertajuk "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga".

Pendahuluan:

  • Perselisihan faham sering terjadi dalam kalangan keluarga - tidak puas hati dan iri hati - namun akhirnya dek kerana ikatan kekeluargaan - akan berbaik semula

Isi-isi:
  • Banyak sebab berlaku perselisihan faham - menganggap ibu bapa pilih kasih/melebihkan anak yang lain - persaingan tidak sihat antara adik-beradik kerana cemburu atau tidak puas hati - berebut harta pusaka sesama sendiri
  • Kesan terhadap ahli keluarga - hubungan menjadi tegang, dingin, tidak semesra dahulu - ada yang membawa diri ke tempat lain, enggan pulang ke kampung - memutuskan tali persaudaraan - tidak mahu bersua muka
  • Kesan terhadap orang sekeliling (jiran tetangga dan kenalan) - jadi buah mulut jiran terdekat dan kenalan yang tahu mengenai persengketaan - pandang serong - ada yang mula memilih/ menyokong pihak tertentu - ada yang menokok tambah cerita - keadaan menjadi bertambah buruk
  • Langkah untuk mengatasi - berbincang sesama ahli keluarga yang bertelagah agar dapat capai kata sepakat - dapatkan nasihat orang tengah atau orang yang lebih tua/lebih dahulu makan garam - memupuk perpaduan dalam keluarga sejak kecil lagi

Penutup:
  • Perselisihan faham keluarga perlu diselesaikan segera - saling bertolak ansur - carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - Kompilasi Kerangka Karangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.