Set 1 Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada
ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. _____________________________
2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. _____________________________
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. _____________________________
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. _____________________________
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. _____________________________
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. _____________________________
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. _____________________________
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. _____________________________
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam. _____________________________
10. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. _____________________________
11. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. _____________________________
12. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya. _____________________________
Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini.